Posts

Ahmad Hazeq bin Jasmin

Image
Laporan Hari Sukan Di Maktab Rendah Sains Mara Balik Pulau Pada 2  hingga 4 Mac yang lalu, Maktab Rendah Sains Mara Balik Pulau telah mengadakan Hari Sukan.Pada jam 8.00 pagi lagi semua pelajar telah bersedia untuk acara masing-masing.Cuaca pada pagi itu agak panas tetapi semangat guru dan pelajar tidak akan terkesan dengan cuaca itu.Tujuan acara hari sukan diadakan adalah untuk mencunggil bakat pelajar yang dlam bidang sukan untuk maktab. Seminggu sebelum hari sukan bermula,guru-guru telah membuat banyak persiapan untuk rumah sukan masing-masing.Guru –guru telah banyak membantu murid –murid untuk menghias khemah rumah sukan.Pada setiap petang, murid-murid akan turun ke padang bagi menjalani latihan rumah sukan.Mereka berlatih bersungguh-sungguh untuk memenangkan acara yang dipertandingkan.Rumah sukan yang bertanding ialah Kejora,Samudera,Suria,Purnama dan Belantara. Pada  2 Mac 2020, Acara Sukantara telahpun berlangsung untuk setiap murid  mengumpul mata bagi...

Aida Syafiqah binti Abu Khari

Image
LAPORAN HARI SUKAN MAKTAB RENDAH SAINS MARA BALIK PULAU Pada 2 Mac 2020 yang lalu, Maktab Rendah Sains MARA Balik Pulau telah mengadakan Hari sukan yang ke-  . Upacara tersebut dirasmikan oleh YDP Muafakat En. Ismail bin Kassim. Hari sukan tersebut diadakan selama tiga hari daripada 8:00 pagi hingga 4:30 petang di padang sekolah. Program ini disertai oleh semua pelajar Maktab Rendah Sains MARA Balik Pulau. Terdapat banyak trak makanan yang datang ke maktab setelah dijemput oleh pihak Badan Wakil Pelajar, atas permintaan pelajar. Pada pagi itu, pelajar dikehendaki untuk pergi ke khemah rumah sukan masing-masing bagi menghias khemah rumah sukan untuk acara hiasan khemah. Pada pagi itu selepas pelajar memanaskan badan mengikut rumah sukan, semua pelajar dikehendaki pergi ke tempat acara yang di tetapkan. Acara ditetapkan mengikut rumah sukan untuk acara sukantara yang mewajibkan semua pelajar untuk menyertainya. Rumah sukan Belantara dan Kejora perempuan dikehendaki untuk ...

Nurin Damia binti Norhashimi

Image
LAPORAN SEPANJANG HARI SUKAN BERLANGSUNG DI MRSM BALIK  PULAU          Pada 3 Mac 2020 hingga 5 Mac 2020 yang lalu, Persatuan Biro Sukan 2020 telah mengadakan hari sukan. Hari sukan diadakan ketika minggu aktiviti dijalankan dan ia juga memeriahkan lagi pelajar – pelajar, guru – guru dan kakitangan di MRSM Balik Pulau. Tujuan utama hari sukan tersebut diadakan untuk mencungkil bakat pelajar – pelajar MRSM Balik Pulau dalam setiap bidang. Bukan sekadar itu sahaja, mereka juga dapat memberi kesedaran kepada ibu bapa bahawa pentingnya kokurikulum dan sukan dalam hidup setiap individu.          Seminggu sebelum hari sukan bermula, kesemua ahli sukan setiap rumah membuat persediaan dengan bersunggu – sungguh. Terdapat pelbagai idea yang menarik daripada pelajar untuk menghias khemah rumah sukan,kostum dan juga perbarisan mereka. Malah, banyak juga cabaran yang pelajar dan juga guru perlu hadapi pada waktu itu, tetapi mereka b...

Nur Awatif binti Osman

Image
            LAPORAN HARI SUKAN MAKTAB RENDAH SAINS MARA BALIK PULAU.         Pada tanggal 2 hingga 4 Mac yang lalu, Maktab Rendah Sains Mara Balik Pulau telah mengadakan Kejohanan Hari Sukan peringkat sekolah pada jam 8 pagi. Cuaca yang baik untuk pelajar melakukan senaman bagi persediaan sebelum bermulanya sukan. Tujuan hari sukan seperti ini diadakan adalah untuk menyemai semangat kesukanan dalam diri pelajar. Hal ini demikian kerana semua murid yang mengambil bahagian akan bersungguh-sungguh untuk memenangi setiap bahagian yang diambil. Berikut merupakan laporan hari sukan yang saya sediakan.          Sebelum hari sukan berlangsung, banyak persediaan yang telah dilakukan sebelum hari sukan menjelang tiba. Terdapat lima rumah sukan yang akan bertanding iaitu Belantara, Kejora, Suria, Purnama dan Samudera. Setiap rumah sukan akan membahagikan tugas masing-masing bagi persediaan menghias khemah. Selai...

Muhammad Erwan Rais bin Mohd Rizuan

Image
LAPORAN HARI SUKAN DI MRSM BALIK PULAU DISEDIAKAN OLEH: MOHAMAD ERWAN RAIS BIN MOHD RIZUAN    Pada minggu aktiviti yang lepas, Pihak MRSM Balik Pulau  telah mengada Hari Sukan. Hari Sukan telah diadakan selama  sehari iaitu pada 4 Mac 2020. Terdapat 5 jenis pasukan rumah sukan yang mengikut warna masing-masing  telah bertanding untuk menjadi juara iaitu kejora yang berwarna ungu,belantara yang berwarna hijau,purnama,iaitu merah,samudera yang berwarna biru dan suria yang berwarna kuning.Seterusnya, sukan tara dan sebahagian  acara padang turut diadakan pada dua hari sebelum Hari Sukan tersebut.     Dua hari sebelum Hari Sukan dilaksanakan,Pihak MRSM Balik Pulau telah membuat acara sukan tara dan acra padang.Semua pelajar dari semua pasukan rumah sukan perlu menyertai sukantara tersebut.Jenis sukantara yang terdapat di MRSM Balik Pulau lompat jauh,lontar peluru dan larian 100 meter yang dilakukan di trek masing-masing mengikut acara dan ...

Nur Natasha BT Shahrul Mano

Image
`LAPORAN HARI SUKAN MRSM BALIK PULAU 2020                 Nama Malaysia sudah tidak asing lagi apabila isu tentang obesiti dibangkitkan. Sebanyak 5.5 juta rakyat Malaysia mengalami  masalah obesiti ini  sejak kali terakhir direkodkan pada tahun 2018,pelbagai inisiatif telah diambil oleh pihak kerajaan mahupun sekolah untuk membendung permasalahan ini. Hari Sukan Maktab merupakan salah satu peglibatan MARA dalam usaha meghasilkan pelajar cergas serta produktif.               MRSM Balik Pulau telah mengadakan Hari Sukan Maktab pada tanggal 2 Mac hingga 4 Mac 2020.Semingu sebelum tarikh tersebut, berbagai persediaan dari segi fizikal dan metal telah dijalankan bagi memastikan pelajar bersiap siaga utuk membuat yang terbaik pada hari perlawanan . Para pendidik dan juga pelajar  yang diwakilkan ketua serta penolong setap rumah sukan yang terdiri daripada rumah sukan Samudera,Belantara,P...

Nurin Eizalia binti Azrul

Image
LAPORAN  HARI SUKAN MRSM BALIK PULAU 2020         Pada 17 Februari 2020 yang lalu, perjumpaan rumah sukan telah diadakan. Tujuan perjumpaan rumah sukan tersebut adalah untuk saling berkenalan dengan atlet-atlet baharu yang baru sahaja menyertai rumah sukan dan untuk melatik AJK bagi setiap tingkatan di rumah sukan masing-masing. Perbincangan rumah sukan diadakan bagi memilih atlet bagi setiap acara yang akan diadakan pada hari sukan nanti. Latihan rumah sukan pula diadakan selama tiga minggu bertujuan untuk melatih dan meningkatkan stamina setiap atlet dan merupakan sebagai latihan untuk mengumpul mata disukantara yang akan disertai oleh semua murid di MRSM Balik Pulau.       Demi persiapan untuk hari sukan,setiap AJK di rumah sukan masing-masing telahpun memainkan peranan penting dengan memulakan pengutipan wang untuk membeli barang perhiasan,keperluan atlet,hadiah dan pelbagai lagi mengikut kemahuan guru penasihat setiap rumah sukan....