Nur Natasha BT Shahrul Mano
`LAPORAN HARI SUKAN MRSM BALIK PULAU 2020
Nama Malaysia sudah tidak asing lagi apabila isu tentang obesiti dibangkitkan. Sebanyak 5.5 juta rakyat Malaysia mengalami masalah obesiti ini sejak kali terakhir direkodkan pada tahun 2018,pelbagai inisiatif telah diambil oleh pihak kerajaan mahupun sekolah untuk membendung permasalahan ini. Hari Sukan Maktab merupakan salah satu peglibatan MARA dalam usaha meghasilkan pelajar cergas serta produktif.
MRSM Balik Pulau telah mengadakan Hari Sukan Maktab pada tanggal 2 Mac hingga 4 Mac 2020.Semingu sebelum tarikh tersebut, berbagai persediaan dari segi fizikal dan metal telah dijalankan bagi memastikan pelajar bersiap siaga utuk membuat yang terbaik pada hari perlawanan . Para pendidik dan juga pelajar yang diwakilkan ketua serta penolong setap rumah sukan yang terdiri daripada rumah sukan Samudera,Belantara,Purnama,Suria dan tak lupa juga Kejora memberikan komitmen yang sepenuhnya dalam melatih ahli rumah sukan masing-masing dalam berkawad serta bekerjasama menghias khemah rumah sukan masing masing agar tampil menarik di mata juri. Hari Sukan bukan hanya menguji stamina tetapi juga mencabar tahap kekreatifan setiap rumah sukan.Kolabrasi antara guru dan pelajar menjadi kunci sekiranya rumah sukan tersebut ingin dinobatkan sebagai juara keseluruhan.Demikian minggu persediaan telah digunakan secara berhemah oleh setiap rumah sukan.
Pada 2 Mac 2020, telah berlansungnya aktiviti sukantara sebagai simbolik acara pembukaan hari sukan.Pengacara yang bertugas pda hari tersebut telah memaklumkan tentatif program buat hari tersebut , pengurus rumah sukan juga sudah sedia maklum tentag urutan acara yang dibuat secara bergilir gilir. Antara acara dalam sukantara ialah lontar peluru,lompat jauh dan larian 100 meter. Sukantara secara ringkasnya boleh dianggap sebagai aktiviti bonus yang memberi kelebihan kepada setiap rumah sukan utuk mengumpul markah bagi membantu mereka memenangi kejohanan ini. Sukantara juga memberi peluang bagi pelajar yang tidak dapat mewakili rumah sukan untuk menyumbang markah kepada rumah sukan masing masing.
Pada 3 Mac 2020, secara rasminya acara balapan dan padang bermula.Para atlet yang mewakili dalam suatu acara diminta untuk berada di khemah menunggu bagi memudahkan pelaksanaan program. Pagi yang indah tersebut dimulakan dengan acara balapan iaitu larian 100 meter lalu disambung dengan acara balapan yan lain seperti 200 meter,400 meter,800 meter dan disudahkan dengan acara larian 1600 meter di sebelah petangnya . Para pelajar dari setiap rumah sukan tidak putus putus memberikan sorakan sebagai tada sokongan kepada para atlet yang bertanding pada hari tersebut walaupun dalam keadaan cuaca yang sangat panas. Perkara ini menujukkan sifat kerjasama antara pelajar kerana melalui sokogan ahli lain dapat menjadi pembakar semangat buat para atlet.Bendera hasil tangan setiap ahli rumah sukan yang dikibarkan , sorakan serta kata-kata semangat yang diberikan kepada para atlet mejadi penyeri sekaligus memeriahkan perjalanan program pada hari tersebut.
Tanggal 4 Mac 2020, merangkap hari terakhir bagi hari sukan di MRSM Balik Pulau bagi tahun 2020. Acara padang serta acara laria berkumpulan mengambil alih padang pada hari tersebut . Acara padang seperti rejam lembing,lontar peluru,lempar cakera serta lompat jauh dijalankan serentak pada pagi tersebut . selepas itu acara larian berkumpulan seperti 4 x 100 dan 4 x 400 dijalankan. Sekali lagi sokongan dari para pelajar terhadap atlet atlet tidak mengecewakan . Dapat dilihat pertandigan yang sengit antara setiap pelari.Acara terakhir buat hari tersebut ialah acara 4 x 50 buat para guru dari setiap jabatan,kelihatan semangat gru guru yag bersugguh inginkan kemenangan.Seterusnya ucapan dari Pegetua,pihak muafakat serta Timbalan Pengetua Pembangunan Ko Kurikulum. Ikrar pelajar,nyanyian lagu sekolah dan acara perbarisan yang paling ditunggu-tunggu setiap tahun menjadi pelengkap hari sukan bagi tahu ini. Perbarisan tahun ini memilih konsep kelakar serta tarian yag diinspirasikan dari video-video dari aplikasi Tiktok.Hari sukan tah ini telah berjalan dengan sangat lancar dan disudahkan dengan baik.Semoga tahun tahu yag seterusnya hari sukan dapat berkembang menjadi lebih menarik dan dapat memenuhi misi hari sukan iaitu melahirka pelajar yang bukan sahaja bijak tetapi aktif dan sihat.
Perkembangan sukan di Malaysia telah menunjukan penigkatan positif sejak kebelakangan ini. Penglibatan atlet yang telah megharumkan nama negara dalam kempen kempen hidup sihat telah menujukkan impak yang baik mungkin kerana masyarakat teriinspirasi dan medapat motivasi denga keberadaan mereka.Negara negara seperti Jepun yang memiliki taraf hidup masyarkat yang sihat mesti diambil menjadi contoh. Konsep hidup aktif dan produktif perlu menjadi pegangan rakyat.
Disediakan oleh,
NUR NATASHA BT.SHAHRUL MANO
Comments
Post a Comment