Aida Syafiqah binti Abu Khari

LAPORAN HARI SUKAN MAKTAB RENDAH SAINS MARA BALIK PULAU


Pada 2 Mac 2020 yang lalu, Maktab Rendah Sains MARA Balik Pulau telah mengadakan Hari sukan yang ke-  . Upacara tersebut dirasmikan oleh YDP Muafakat En. Ismail bin Kassim. Hari sukan tersebut diadakan selama tiga hari daripada 8:00 pagi hingga 4:30 petang di padang sekolah. Program ini disertai oleh semua pelajar Maktab Rendah Sains MARA Balik Pulau. Terdapat banyak trak makanan yang datang ke maktab setelah dijemput oleh pihak Badan Wakil Pelajar, atas permintaan pelajar. Pada pagi itu, pelajar dikehendaki untuk pergi ke khemah rumah sukan masing-masing bagi menghias khemah rumah sukan untuk acara hiasan khemah.

Pada pagi itu selepas pelajar memanaskan badan mengikut rumah sukan, semua pelajar dikehendaki pergi ke tempat acara yang di tetapkan. Acara ditetapkan mengikut rumah sukan untuk acara sukantara yang mewajibkan semua pelajar untuk menyertainya. Rumah sukan Belantara dan Kejora perempuan dikehendaki untuk pergi ke tempat 100 meter. Manakala, pelajar lelaki bersiap sedia untuk acara 100 meter yang berada di arah yang bertentangan dengan pelajar perempuan. PEelajar ahli rumah sukan Samudera dan Purnama perempuan pula pergi ke tempat lompat jauh. Pelajar lelaki rumah sukan Samudera dan Purnama pula diarahkan untuk pergi ke tempat lompat jauh yang berada di hujung litar 100 meter perempuan Belantara dan Kejora. Ahli rumah sukan Suria lelaki dan perempuan pula pergi ke tempat acara lontar peluru yang diadakan di Padang MGR di sebelah Medan Ping Pong. Kesemua acara dipantau oleh para guru yang telah diagihkan tugas. Kesemua rumah sukan bergilir-gilir melakukan semua acara. 

Setelah tamat acara sukantara tamat, pelajar dibenarkan untuk bersiar-siar atau membeli makanan di trak makanan yang dijemput datang ke maktab. Pada masa yang sama, pelajar juga dibenarkan untuk sambung menghias khemah rumah sukan. Pada petang itu, pelajar dikehendaki untuk berlatih persembahan kawad kaki bagi setiap rumah sukan. Rumah sukan Belantara membuat persembahan bertemakan “Slytherin”, rumah sukan Suria dengan tema Lebah, rumah sukan Purnama dengan tema “Samurai & Naga”, rumah sukan Samudera dengan tema __ dan Kejora dengan tema “Maleficient & Barney”.
Pada hari seterusnya, aktiviti uskan diteruskan dengan acara balapan dan beberapa acara lain lagi untuk mengumpul markah rumah sukan. Para atlet bersungguh-sungguh melaksanakan acara yang ditandingkan. Pelajar yang tidak menyertai aktiviti pada pagi itu pula bekerjasama menyiapkan perhiasan khemah, mengemas khemah, menyediakan air dan makanan ringan untuk para atlet dan banyak lagi aktiviti yang dilakukan. Antara acara yang berlangsung pada hari itu, adalah acara larian 100 meter,200 meter, 800 meter, 1,500 meter, 4×400 meter, rejam lembing, lontar peluru, lempar cakera dan lompat jauh. Ramai pelajar dan guru menikmati makanan dan minuman yanag dibeli di trak makanan sambil bersorak untuk para atlet rumah sukan masing-masing. Suasana di padang menjadi semakin meriah kerana ramai pelajar yang bergiat aktif melibatkan diri dengan pelbagai aktiviti termasuklah menolong guru. Sebaik sahaja solat Zohor dan makan tengah hari, majoriti pelajar dan guru seperti kekurangan tenaga untuk meneruskan acara dan aktiviti petang itu.

Pada hari terakhir hari sukan,Hari Sukan Maktab Reandah Sains MARA Balik Pulau yang terakhir diteruskan lagi dengan acara larian dan aktiviti bagi para guru. Setiap tahun, para guru mengadakan acara larian ringkas bagi guru seperti 2x50 meter, 4x50 meter dan lain-lain lagi. Tepat jam 11 pagi, pelajar dikehendaki pergi ke tengah padang yang berada di hadapan astaka manakala guru-guru, timbalan-timbalan pengetua MRSM Balik Pulau dan Yang di-Pertuan Muafakat menghadirkan diri ke astaka. Pengacara majlis kemudian menjemput timbalan-timbalan pengetua untuk memberi ucapan ringkas. Yang di-Pertuan Muafakat pula dijemput menyampaikan ucapan dan merasmikan Hari Sukan MRSM Balik Pulau serta melaksanakan majlis penutup Hari Sukan MRSM Balik Pulau. Setelah semua berkumpul, pengacara majlis yang bertugas iaitu Ustaz Wan Ahmad Nizam memulakan majlis ini dengan meminta Presiden Badan Dakwah dan Rohani (BADAR), Muhammad Zaim bin Humam untuk melafazkan doa. Selepas itu, pengacara majlis meneruskan majlis dengan menjemput pengetua untuk memberikan ucapan pembuka serta merasmikan majlis penutup.

Majlis diteruskan dengan penyampaian hadiah bagi acara yang telah dijalankan sepanjang Hari Sukan. Para pemenang memperoleh pingat mengikut kategori iaitu emas bagi johan, perak bagi naib johan dan juga gangsa bagi tempat ketiga. Tuan pengetua juga menyampaikan pingat kepada para pemenang acara padang seperti lontar peluru, lempar cakera dan lompat jauh. Para pemenang kelihatan sangat gembira dan berpuas hati walaupun majoriti daripada mereka mengalami kecederaan yang agak teruk di bahagian kaki, pinggang dan juga bahagian badan yang lain akibat acara yang diikuti. Setalah selesai penyampaian dan ucapan daripada pengetua, kini tiba keputusan keseluruhan yang dinanti-nantikan oleh para pelajar dan guru-guru yang telah bektungkus lumus mengumpul markah untuk rumah sukan. Akhirnya tiba keputusan yang dinantikan. Rumah sukan Kejora memegang markah yang tertinggi diikuti dengan rumah sukan Belantara, Purnama, Samudera dan Suria. Semuanya sudah berakhir dan para pelajar telah ke surau untuk menunaikan solat Zohor secar berjemaah. Harapan saya untuk Kejohanan Sukan akan datang adalah semoga semangat kesukanan para pelajar semakin tinggi dan bertanding secara adil dan sihat.

Disediakan oleh, 29 Mac 2020
   Aida      
(AIDA SYAFIQAH BINTI ABU KHARI)
Setiausaha,
Kelab Bahasa Melayu,
MRSM Balik Pulau, Pulau Pinang

Comments

Post a Comment

Popular posts from this blog

Alisya Sofea binti Mohd Tahir

Nur Aleeya Nabiela binti Nordin