Nurin Damia binti Norhashimi
LAPORAN SEPANJANG HARI SUKAN BERLANGSUNG DI MRSM BALIK PULAU
Pada 3 Mac 2020 hingga 5 Mac 2020 yang lalu, Persatuan Biro Sukan 2020 telah mengadakan hari sukan. Hari sukan diadakan ketika minggu aktiviti dijalankan dan ia juga memeriahkan lagi pelajar – pelajar, guru – guru dan kakitangan di MRSM Balik Pulau. Tujuan utama hari sukan tersebut diadakan untuk mencungkil bakat pelajar – pelajar MRSM Balik Pulau dalam setiap bidang. Bukan sekadar itu sahaja, mereka juga dapat memberi kesedaran kepada ibu bapa bahawa pentingnya kokurikulum dan sukan dalam hidup setiap individu.
Seminggu sebelum hari sukan bermula, kesemua ahli sukan setiap rumah membuat persediaan dengan bersunggu – sungguh. Terdapat pelbagai idea yang menarik daripada pelajar untuk menghias khemah rumah sukan,kostum dan juga perbarisan mereka. Malah, banyak juga cabaran yang pelajar dan juga guru perlu hadapi pada waktu itu, tetapi mereka berusaha sedaya upaya untuk menghasilkan yang terbaik bagi rumah sukan mereka. Para atlet yang menyertai acara juga bersungguh – sungguh dalam latihan mereka. Setiap petang mereka berada di padang untuk berlatih.
Pada jam 7:30 pagi. Hari sukan dimulakan dengan aktiviti senaman untuk memanaskan badan sebelum memulakan aktiviti – aktiviti sukan yang lain. Pada waktu tersebut, semua ahli rumah sukan sibuk menghias khemah masing – masing untuk mendapatkan hasil yang lebih terbaik antaranya rumah sukan Purnama yang mempunyai semangat kesukanan yang sedang membara dalam diri mereka. Bukan itu sahaja, rumah sukan Kejora dan Belantara bersaing antara satu sama lain dan juga rumah sukan yang lain iaitu Samudera dan Suria turut bersemangat untuk hari sukan.
Acara olahraga bagi kategori lelaki dan perempuan pun bermula. Para atlet daripada rumah sukan masing – masing mula menunjukkan semangat untuk rumah sukan mereka dalam acara 100 meter, 200 meter, 400 meter dan 800 meter. Mereka berjuang habis – habisan demi rumah sukan tercinta walaupun satu individu akan menang dan kalah tetapi itulah adat pertandingan yang telah menjadi kebiasaan kepada mereka.
Keesokan harinya pada 4 Mac 2020, hari sukan tersebut dijalankan dengan acara balapan dan beberapa lagi acara sukantara bagi mengumpul markah setiap rumah sukan. Para atlet bersungguh – sungguh dalam acara mereka bagi menyumbang mata kepada rumah sukan. Ahli rumah sukan lain yang tidak terlibat dengan apa – apa acara mereka bersorak kepada atlet rumah sukan masing – masing bagi memberi semangat kepada mereka untuk mencapai kemenangan tersebut.
5 Mac 2020 ialah hari terakhir bagi hari sukan di MRSM Balik Pulau. Pada waktu 7:45 pagi bermulanya persembahan kawad perbarisan bagi setiap rumah sukan. Semua pelajar berkumpul di tengah – tengah padang untuk menyaksikan persembahan yang cukup kreatif dan menarik daripada perbarisan untuk setiap rumah sukan. Setelah tamat, bermulanya penutupan majlis. Kesemua pelajar turut guru berdebar – debar menunggu keputusan akhir tentang markah rumah sukan mereka. Sorakan yang cukup kuat dan bertenaga apabila setiap keputusan diumumkan bagi setiap rumah sukan. Juara pada tahun 2020 ialah Kejora. Naib juara jatuh kepada rumah sukan Belantara. Ketiga ialah Purnama dan diikuti oleh Samudera iaitu tempat ke keempat dan yang terakhir ialah Suria.
Berakhirnya hari sukan MRSM Balik Pulau dengan kepuasan kerana setiap rumah sukan dapat menjayakan hari sukan dengan lancar dan pelajar juga dapat keseronokkan sepanjang 3 hari tersebut.
Laporan disediakan oleh 22 MAC 2020
Nurin Damia
( NURIN DAMIA BINTI NORHASHIMI )
Pelajar,
Kelas 3 Mawardi
Maktab Rendah Sains MARA Balik Pulau
Tajuk Laporan : Ditulis dengan huruf besar pada setiap awal kata dan digaris atau ditulis dengan huruf besar semuanya. Tajuk hendaklah ditulis ditengah-tengah. Boleh ditulis dalam dua baris jika tajuk terlalu panjang.
ReplyDeletekesalahan penggunaan kata seperti 'ia' harus diteliti semula.
tahniah kerana berjaya menyiapkan tugasan ini.