Muhammad Erwan Rais bin Mohd Rizuan

LAPORAN HARI SUKAN DI MRSM BALIK PULAU
DISEDIAKAN OLEH: MOHAMAD ERWAN RAIS BIN MOHD RIZUAN


   Pada minggu aktiviti yang lepas, Pihak MRSM Balik Pulau  telah mengada Hari Sukan. Hari Sukan telah diadakan selama  sehari iaitu pada 4 Mac 2020. Terdapat 5 jenis pasukan rumah sukan yang mengikut warna masing-masing  telah bertanding untuk menjadi juara iaitu kejora yang berwarna ungu,belantara yang berwarna hijau,purnama,iaitu merah,samudera yang berwarna biru dan suria yang berwarna kuning.Seterusnya, sukan tara dan sebahagian  acara padang turut diadakan pada dua hari sebelum Hari Sukan tersebut.

    Dua hari sebelum Hari Sukan dilaksanakan,Pihak MRSM Balik Pulau telah membuat acara sukan tara dan acra padang.Semua pelajar dari semua pasukan rumah sukan perlu menyertai sukantara tersebut.Jenis sukantara yang terdapat di MRSM Balik Pulau lompat jauh,lontar peluru dan larian 100 meter yang dilakukan di trek masing-masing mengikut acara dan rumah sukan.Lompat tinggi tidak diadakan kerana Pihak MRSM Balik Pulau tshu ia amat berbahaya untuk pelajar-pelajar.Latihan juga telah dilakukansebelum ituselam seminngu yang lalu pada waktu riadah.Pada hari seterusnya,pertandingan acara padang telah diadakan bagi pelajar yang terpilih untuk bertanding menjadi juara.acara pandang yang telah dianjurkan  pada hari tersebut ialah larian 100 meter,200meter,400meter,800meter,1500meter,lompat jauh dan lain-lain lagi.Pada petang dan malam hari,setiap ahli pasukan rumah sukan akan menghiasi khemah masing-masing kerana pertandingan khemah tercantik turut diadakan.


     Pada hari seterusnya,tiba hari sukan di MRSM Balik Pulau.Hari  tersebut dimulakan dengan acara pembarisan dari setiap rumah sukan.Setiap rumah sukan membuat pembarisan dengan cantik dan hebat kerana acara tersebut akan diberikan hadiah kepaada pemenang yang paling hebat dan cantik.Selepas itu,acara diteruskan dengan ucapa daripada pengetua, timbalan pengetua dan lain-lain lagi.Seterusnya,acara padang telah disambung semula dengan acara 4x100meter dan 4x400meter bagi pelajar dan guru.





  

     
   Akhir sekali,setelah habisnya acara itu,ia diteruskan dengan acara penyanpaian hadiah bagi pemenang dan rumah sukan yang terbaik.Rumah sukan yang terbaik pada Hari Sukan tahun ini telah jatuh pada Kejora.Rumah Sukan Kejora telah memenangi Hari Sukan selama 3 kali berturut-turut.Selain itu,pasukan Rumah Sukan Belantara telah memenangi pertandingan khemah tercantik.


     Kesimpulannya,pihak sekolah hendaklah mengadakan Hari Sukan ini kerana Hari Sukan ini dapat memberikan faedah kepada diri masing-masing.Hari Sukan juga dapat mencerdaskan otak dan mencergaskan badan kita.Oleh itu, semua pelajar hendaklah menyertai acara-acara yang diadakan supaya pelajar dapat perolehi faedah.Ibu bapa juga perlulah mengajar anak-anak mereka untuk bersukan supaya mereka tidak melakukan perkara yang tidak berfaedah seperti bermain telefon pintar.

Comments

Popular posts from this blog

Alisya Sofea binti Mohd Tahir

Nur Aleeya Nabiela binti Nordin

Muhammad Haziq Aaryan bin Mohd Rozi