Nurin Eizalia binti Azrul

LAPORAN  HARI SUKAN MRSM BALIK PULAU 2020


        Pada 17 Februari 2020 yang lalu, perjumpaan rumah sukan telah diadakan. Tujuan perjumpaan rumah sukan tersebut adalah untuk saling berkenalan dengan atlet-atlet baharu yang baru sahaja menyertai rumah sukan dan untuk melatik AJK bagi setiap tingkatan di rumah sukan masing-masing. Perbincangan rumah sukan diadakan bagi memilih atlet bagi setiap acara yang akan diadakan pada hari sukan nanti. Latihan rumah sukan pula diadakan selama tiga minggu bertujuan untuk melatih dan meningkatkan stamina setiap atlet dan merupakan sebagai latihan untuk mengumpul mata disukantara yang akan disertai oleh semua murid di MRSM Balik Pulau.
      Demi persiapan untuk hari sukan,setiap AJK di rumah sukan masing-masing telahpun memainkan peranan penting dengan memulakan pengutipan wang untuk membeli barang perhiasan,keperluan atlet,hadiah dan pelbagai lagi mengikut kemahuan guru penasihat setiap rumah sukan. Setiap petang, kesemua marid akan berkumpul mengikut rumah sukan masing-masing dan membuat perancangan untuk menghias khemah,mascot perbarisan, membina pelbagai peralatan yang menarik menggunakan bahan-bahan kitar semula dan bewarna-warni. Kesemua murid memberi komitmen yang baik terhadap hari sukan yang akan dijalankan.
       Pada 2 Mac 2020 telah diadakan sukantara iaitu acara bagi pengumpulan mata untuk rumah sukan. Setiap indivu perlulah melakukan tiga acara wajib iaitu acara larian 100meter, lontar peluru dan lompat jauh. Mereka perlulah melepasi setiap acara yang diadakan mengikut had masa dan jarak yang telah ditetapkan mengikut kategori tingkatan dan jantina bagi menyumbangkan mata untuk rumah sukan masing-masing. Keesokan harinya, Hari Sukan MRSM Balik Pulau dilangsungkan. Hari sukan terus dimulakan dengan acara larian dan acara padang seperti lontar peluru,rejam lembing dan lempar cakera. Setiap murid bersorak dengan sepenuh hati memberi sokongan kepada atlet rumah sukan mereka.Kesemua atlet juga kelihatan hebat dan agak bersemangat semasa hari sukan dilangsungkan. Pada sebelah petang pula, setiap murid digalakkan membuat persiapan khemah dan perbarisan untuk majlis perasmian hari sukan. Atlet-atlet pula tidak dibenarkan untuk membuat sebarang latihan atas faktor cuaca dan kesihatan. Sebaliknya, mereka diminta untuk berehat dan bersedia untuk acara yang akan diadakan pada keesokan hari.

          Pada 4 Mac 2020, pihak Maktab Rendah Sains MARA Balik Pulau telah mengadakan temasya sukan tahunan kali ke-33. Hari sukan bermula pada pukul 8:00 pagi . Majlis ini dirasmikan oleh YDP Muafakat iaitu Encik Ismail Bin Kassim kemudiannya murid-murid mendengar sedikit ucapan alu-aluan daripada pengetua Mrsm Balik Pulau dan Cikgu Rahman iaitu guru Hal Ehwal Kokurikulum. Pada pagi itu,acara dimulakan dengan perbarisan oleh setiap rumah sukan iaitu rumah sukan Kejora yang mewakili warna ungu membawa tema Maleficient sebagai maskot mereka, diikuti oleh suria yang mewakili rumah kuning dengan maskot lebah serta sedikit tarian yang amat hebat dan menarik hati, Purnama mewakili rumah merah dengan watak samurai sebagai mascot mereka serta pertunjukan asap berwarna yang sangat epic. Kemudian, samudera mewakili rumah biru dengan mascot stitch yang amat comel dan akhir sekali Belantara mewakili rumah hijau dengan mascot Harry Potter yang amat hebat.
        Setelah selesai majlis pembukaan, hari diteruskan dengan acara larian berkumpulan 4x100 dan 4x400. Kesemua atlet amat bersemangat dan berlari ditahap maksima bagi menjuarai acara mereka. Terdapat beberapa kemalangan juga yang berlaku akibat faktor kesihatan atlet akan tetapi kecederaan mereka bukanlah penghalang ntuk mereka terus berjuang demi rumah sukan mereka. Melalui acara ini, sifat semangat kesukanan dan kesungguhan mereka amat menyerlah disamping kerjasama yang dihulurkan oleh setiap individu menjadikan hari sukan amat meriah dan amat membakar semangat.
            Akhir sekali,saat yang ditunggu-tunggukan oleh semua orang di MRSM Balik Pulau iaitu acara penyampaian hadiah dan penguguman pemenang. Semua pelajar dan guru diminta berkumpul di padang bagi meneruskan majlis penutup Hari sukan MRSM Balik Pulau. Olahragawan dan olahragawati Maktab Rendah Sains MARA Mrsm Balik Pulau jatuh kepada Muhammad Hakimi bin Zukiman dan Nur Wirdani binti Abdul Nasir,  Setelah mendengar ucapan,memberi pingat kepada para atlet yang memenangi acara,maka tibalah saat untuk mengumumkan mata pencapaian rumah sukan yang tertinggi hingga terendah.r  rumah sukan yang menjuarai ialah rumah sukan kejora,diikuti belantara,purnama,samudera dan ditangga yang terakhir ialah suria. Walaubagaimanapun, kalah dan menang merupakan adat permainan. Tiada perbalahan yang berlaku,semua orang menerima keputusan dengan hati yang terbuka.
             Disediakan oleh: Nurin Eizalia Bt. Azrul

Comments

Popular posts from this blog

Alisya Sofea binti Mohd Tahir

Nur Aleeya Nabiela binti Nordin

Muhammad Haziq Aaryan bin Mohd Rozi