Ahmad Hazeq bin Jasmin
Laporan Hari Sukan Di Maktab Rendah Sains Mara Balik Pulau
Pada 2 hingga 4 Mac yang lalu, Maktab Rendah Sains Mara Balik Pulau telah mengadakan Hari Sukan.Pada jam 8.00 pagi lagi semua pelajar telah bersedia untuk acara masing-masing.Cuaca pada pagi itu agak panas tetapi semangat guru dan pelajar tidak akan terkesan dengan cuaca itu.Tujuan acara hari sukan diadakan adalah untuk mencunggil bakat pelajar yang dlam bidang sukan untuk maktab.
Seminggu sebelum hari sukan bermula,guru-guru telah membuat banyak persiapan untuk rumah sukan masing-masing.Guru –guru telah banyak membantu murid –murid untuk menghias khemah rumah sukan.Pada setiap petang, murid-murid akan turun ke padang bagi menjalani latihan rumah sukan.Mereka berlatih bersungguh-sungguh untuk memenangkan acara yang dipertandingkan.Rumah sukan yang bertanding ialah Kejora,Samudera,Suria,Purnama dan Belantara.
Pada 2 Mac 2020, Acara Sukantara telahpun berlangsung untuk setiap murid mengumpul mata bagi rumah sukan mereka. Acara yang diadakan ialah acara lari 100 meter,lontar peluru dan lompat jauh. Pengumpulan mata akan diambil melalui catatan masa bagi acara lari 100m , dan perlu melepasi jarak yang telah ditetapkan bagi mendapatkan mata untuk acara lompat jauh dan lontar peluru. Pada waktu petang,setiap rumah sukan mengadakan latihan kawad kaki.
Pada keesokan harinya, tanggal 3 Mac tealah berlangsung hari pertama Sukan Tahunan bagi sesi 2020. Keadaan cuaca pada pagi itu sangat baik. Pada pukul 8 pagi , para pelajar diarahkan berkumpul di bawah khemah rumah masing-masing.Atlet –atlet melakukan persediaan terakhir sebelum berentap di atas padang .Acara yang dipertandingkan pada pagi itu ialah acara lontar peluru, rejam lembing,100 meter,200 meter dan 800m. Seterusnya, acara 4 kali 400 meter menjadi acara kemuncak sukan pada pagi itu.
Pada 4 Mac 2020 pula,telah berlangsungnya kemuncak hari sukan bagi sesi 2020. Hari sukan dimulakan dengan acara 400 meter dan 4 kali 100 meter.Selepas tamatnya kedua – dua acara itu,semua pelajar diminta berkumpul ditengah padang bagi acara perbarisan oleh setiap rumah sukan dan diteruskan dengan perasmian Hari Sukan oleh Encik Ismail Bin Kassim iaitu YDP Muafakat Maktab Rendah Sains Mara Balik Pulau . Akhir sekali , para pelajar dan guru-guru berkumpul bagi penyampaian hadiah. Rumah sukan kejora telah memenangi tempat pertama diikuti Belantara,Samudera,Purnama dan Suria.
Selepas tamat sesi penyampaian hadiah, para pelajar diminta mengemas khemah masing-masing . Akhir sekali , dapatlah disimpulkan bahawa sukan adalah penting bagi negara. Hal ini kerana melalui sukan , kita dapat mengharumkan nama negara.
Laporan disediakan Oleh, 26 Jun 2014
(AHMAD HAZEQ BIN JASMIN)
Pelajar Maktab Rendah Sains Mara
Comments
Post a Comment