Alisya Sofea binti Mohd Tahir
Laporan Hari Sukan Maktab
Dalam definisi yang paling luas sukan sukan fizikal semua jenis-empat sukan rekreasi yang paling popular di kalangan penduduk umum Malaysia adalah senaman berjalan, latihan aerobik, latihan kekuatan, dan berjalan. Dalam aspek yang menarik, enam sukan penonton dengan kebanyakan peminat adalah bola sepak persatuan, hoki lapangan, kesatuan ragbi, badminton, bola tampar, bola baling, bola keranjang dan seni mempertahankan diri campuran.Sukan lain yang paling popular ialah berbasikal, berenang, memanjat, berkhemah, boling, mendaki, memancing dan selam skuba..Malaysia telah menganjurkan beberapa acara sukan utama termasuk Sukan Komanwel pada tahun 1998.Sukan padang di Malaysia boleh dikatakan sebagai sukan utama yang dilakukan oleh rakyat berbilang usia. Sukan padang seperti bola sepak, hoki, ragbi, bowling padang, golf dan lain-lain dimainkan di seluruh pelusuk negara.Di Malaysia sukan air ini juga antara aktiviti yang menarik perhatian ramai. Terdapat pelbagai sukan air yang dilakukan di Malaysia seperti kapal layar, bot laju, kayak, perahu panjang, berenang, menyelam, polo air, gimnastik, snorkling dan sebagainya.Kejohanan-kejohanan peringkat sekolah, daerah, negeri dan sehingga ke peringkat nasional sering diadakan sepanjang tahun untuk menyerikan dunia sukan tanahair.
Sukan di luar negara juga mempunyai aspek yang sama . Terdapat sukan padang dan sukan air . Namun tetapi di luar negara terdapat beberapa sukan yang tiada di Malaysia . Hal ini demikian kerana diluar negara terdapat lebih banyak kategori sukan berbanding Malaysia. Malaysia pertama kali menyertai Sukan Olimpik adalah pada tahun 1964, dan telah menghantar atlet untuk bersaing dalam setiap Sukan Olimpik Musim Panas sejak itu, kecuali ketika Malaysia mengambil bahagian dalam boikot yang dipimpin oleh Amerika pada Sukan Olimpik Musim Panas 1980. Malaysia membuat kemunculan sulung di Sukan Olimpik Musim Sejuk pada tahun 2018.Atlet Malaysia telah memenangi 11 pingat Olimpik, 8 dalam badminton, 2 dalam menyelam dan 1 dalam berbasikal.
Pada 27 Febuari yang lalu, telah bermulanya persediaan untuk hari sukan maktab yang akan berlangsung dari dua hingga empat Mac .. Persediaan dimula lebih awal supaya tidak akan menghadapi masalah kesuntukan masa ketika bermulanya hari sukan tersebut . Antara persediaan yang telah dilakukan oleh rumah sukan ialah formasi perbarisan dan hiasan rumah . Setiap pelajar telahpun mengeluarkan idea kreatif masing-masing demi memenangi tempat pertama dalam pertandingan-pertandingan yang akan ditandingkan .Seterusnya , rumah sukan masing-masing juga telah membuat latihan untuk pertandingan sukantara yang akan ditandingkan pada 2 Febuari . Dalam masa yang sama , rumah sukan masing-masing telah membuat pemilihan atlet untuk mewakili rumah sukan tersebut . Pemilihan tersebut diurus oleh guru rumah sukan dan juga pengurus atlet yang telah dilantik . Guru rumah sukan memastikan pelajar yang layak sahaja akan terpilih untuk pergi bertanding demi mengharumkan nama rumah sukan tersebut .
Pada 2 Febuari , telah bermulanya hari sukan maktab . Hari sukan maktab dimulakan dengan pertandingan sukantara antara rumah sukan . Terdapat lima rumah sukan di MRSM Balik Pulau iaitu Samudera iaitu rumah biru , Suria iaitu rumah kuning , Belantara iaitu rumah hijau , Purnama iaitu rumah merah dan Kejora iaitu rumah ungu . Semua rumah sukan bertungkus lumus mengumpul mata demi memenangi tempat pertama dalam pertandingan sukantara . Pada 3 Febuari beberapa acara padang iaitu lompat jauh dan lontar peluru dan juga acara balapan seperti 1500 meter dan 100 meter telah pun ditandingkan . Pelajar yang tidak terlibat bertungkus lumus menyiakan hiasan rumah masing-masing . Manakala pelajar yang tidak terlibat memberi sorakan padu kepada peserta yang sedang atau akan bertanding . Hari sukan diteruskan lagi pada 4 Febuari . Pagi itu dimulakan dengan acara perbarisan . Setiap rumah sukan memakai pakaian dan aksesori masing-masing dan menunjukkan cawed dan formasi yang telah dilatih setiap hari kepada para juri . Hari tersebut diteruskan dengan acara 4x100 meter dan 800 meter.
Setelah selesainya semua acara , hari tersebut diteruskan dengan majlis penyampain hadiah kepada para pemenang . Pelajar memberikan sorakan yang pada kepada para pemenang . Anugerah olahragawan dan olahragawati telah dimenangi oleh Muhammad Hakimi bin Zukiman dan Nur Wirdani binti Abdul Nasir . Acara sukantara pula dimenangi oleh rumah sukan Belantara . Anugerah hiasan rumah terbaik juga dimenangi oleh Belantara . Namun begitu , juara bagi Hari Sukan MRSM Balik Pulau 2020 adalah rumah sukan Kejora diikuti oleh Belantara dan Purnama .Selesainya majlis penyampaian hadiah , semua pelajar diminta untuk mengemas semula khemah-khemah yang dihias dan juga kawasan sekeliling . Walaupun semua pelajar berasa amatlah letih kerana cuaca yang amat panas ,semua pelajar berasa gembira kerana setelah menggadaikan masa membuat persediaan , berakhir sudah hari sukan yang ditunggu-tunggukan .
Melalui sukan, kita dapat mempelajari apa itu menang dan kalah. Oleh itu,sikap bertolak ansur dapat dilahirkan. Keperibadian yang unggul juga dapat dilahirkan kerana sukan boleh menghasilkan semangat yang positif dan ingin berjaya serta perjuangan yang kuat. Selain itu,kegiatan sukan juga boleh membentuk tingkah laku disiplin dalam kalangan anggota seseorang individu.Ini adalah kerana setiap permainan mempunyai peraturan tersendiri yang harus dipatuhi oleh setiap peserta yang terlibat.
Laporan disediakan oleh , 24 FEBUARI 2020
Alisya Sofea
( ALISYA SOFEA BINTI MOHD TAHIR )
Setiausaha
Badan Wakil Pelajar
MRSM Balik Pulau
Comments
Post a Comment