Muhammad Haziq Aaryan bin Mohd Rozi

Laporan Kejohanan Rumah Sukan MRSM BP





           Pada tarikh 16 Febuari 2020, Maktab Rendah Sains Mara Balik Pulau telah mengadakan hari kejohanan rumah sukan. Hari sukan ini diadakan adalah untuk mencungkil bakat murid-murid yang terpendam. Ini kerana semua murid yang mengambil bahagian akan berusaha bersungguh-sungguh bertanding untuk memenangi dalam setiap acara yang mereka wakili.

             Hari Kejohanan Balapan dan Padang dimulakan pada jam lapan tiga puluh minit pagi. Sehari sebelum hari sukan diadakan , acara sukan tara yang telah diambil bahagian oleh semua murid telah berlangsung untuk menyumbang markah rumah sukan masing-masing.Ia terdiri daripada tiga acara iaitu larian pecut 100 meter,lompat jau dan,lontar peluru.Ini adalah untuk melengkapkan masa sebelum aktiviti sukan tahunan dijalankan.

          Keesokannya , hari kejohanan maktab Balik Pulau telah bermula pada pukul 8.00 pagi , semua pelajar bersiap sedia untuk acara sukan yang akan dijalankan sebentar lagi.Semua rumah sukan mempersiapkan ahli pembarisan yang telah lama berlatih untuk mempersembahkan idea susunan kawad yang teratur. Tepat pada pukul 8.30 pagi ,semua pelajar berkumpul di padang untuk menyaksi acara pembarisan.

           Acara seterusnya ialah pembacaan ikrar oleh penolong ketua sukan.Pembaca ikrar diiringi oleh setiap ketua rumah sukan. Setelah pembacaan ikrar selesai, pengacara majlis menjemput Yang Dipertuan Pengerusi PIBG untuk memberi ucapan dan seterusnya merasmikan hari sukan maktab. Seterusnya Tuan Pengetua dijemput untuk memberi ucapan.Kemudian perarakan kontigen kawat kaki bagi setiap rumah sukan bermula dengan rumah sukan Kejora ,Purnama ,Samudera ,Suria,Belantara yang bersungguh-sungguh menarik dengan teratur dan tersusun.

               Setelah itu, acara yang dinanti-nantikan bermula. Semua pelajar yang tidak mengambil bahagian perlu berkumpul dalam khemah yang disediakan untuk menyaksikan acara balapan dan padang. Kemeriahan sorakan para pelajar dapat dilihat apabila acara larian pertama dimulakan. Mereka memberi sorakan kepada rakan-rakan mereka dengan penuh bersemangat dan harapan.Semua acara selesai dengan rasa berpuas hati dengan semua rumah sukan, tanpa ada sebarang gangguan semasa aktiviti dijalankan.Tepat 12.30 tengah hari semua pelajar perlu berkumpul di tengah padang untuk penyampaian hadiah bagi setiap acara dan penyampaian terakhir ialah penentuan antara markah rumah sukan masing masing,bagi tahun 2020,juara berpihak tanpa ada sekatan markah dan mempunyai perbezaan markah yang kertara iaitu rumah sukan kejora dengan usaha yang telah dipamirkan sedaya upaya tanpa rasa kecewa.

               Kesimpulannya, semua pelajar perlu lebih bersemangat untuk mengambil bahagian dalam hari sukan yang akan datang agar semangat rumah sukan lebih membara.

Laporan disediakan oleh,                                                                           
16 Febuari 2020
(Muhammad Haziq Aaryan bin Mohd Rozi)
Maktab Rendah Sains Mara Balik Pulau.

Comments

Popular posts from this blog

Alisya Sofea binti Mohd Tahir

Nur Aleeya Nabiela binti Nordin

Aida Syafiqah binti Abu Khari