Muhammad Haizad Farhan bin Yazmi
LAPORAN SUKAN TAHUNAN KE-30 MRSM BALIK PULAU
Pada 4 Mac 2020,MRSM Balik Pulau telah mengadakan aktiviti.Aktiviti yang dilansungkan ialah hari sukan tahunan kali ke-30.Hari sukan ini berlansung pada pukul 8.00 pagi.Majlis ini berlansung dengan perasmian dan ucapan daripada Encik Ismail Bin Kassim iaitu YPD Muafakat dan Tuan Haji Khairul Anuar Bin Haji Shafie iaitu pengetua di MRSM Balik Pulau.
Pada tarikh 2 Mac 2020,pihak sekolah telah menjalankan acara sukantara bagi menambah markah setiap rumah sukan.Acara ini adalah untuk memberikan peluang kepada pelajar yang tidak memasuki sebarang acara.Semua pelajar diharuskan untuk memasuki acara sukaneka ini bagi meningkatkan lagi merkah rumah sukan masing-masing
Pada tarikh 3 Mac 2020 pula pihak sekolah telah mengadakan beberapa acara seperti rejam lembing,lontar peluru dan lompat jauh.Pada 4 Mac 2020,Hari sukan telah dimulakan dengan persembahan pembarisan daripada setiap rumah sukan.Tema yang diberikan kepada setiap rumah sukan adalah flora dan fauna.Setiap rumah sukan telah memilih costum yang menarik seperti rumah sukan Kejora dengan kostum pari-pari berwarna ungu,Purnama dengan naga yang berwarna merah,Belantara dengan ular berwarna hijau,Samudera dengan tumbuh-tumbahan dan Suria dengan lebah yang dipenuhi oleh bunga Matahari.
Seterusnya,acara yang dilansungkan adalah acara 100 meter,200 meter,400 meter dan 1500 meter.Acara yang dilansungkan dahulu adalah acara individu.Bagi acara berkumpulan pula ialah acara 4x100 meter,4x400 meter dan sebagainya.Hari sukan ini diteruskan dengan acara guru seperti 4x50 meter dan 100 meter.
Akhir sekali,acara ini diakhiri dengan penyampaian hadiah bagi pemenang.Rumah sukan yang berjaya mendapat markah tertinggi ialah rumah sukan Kejora.Semua pelajar dibenarkan bersurai selepas menyimpan segala peralatan yang berada dia khemah rumah sukan masingg-masing.
Laporan disediakan oleh, 18 Mac 2020
(MUHAMMAD HAIZAD FARHAN BIN YAZMI)
PELAJAR
KELAS 3 MAWARDI
MAKTAB RENDAH SAINS MARA BALIK PULAU
Comments
Post a Comment