Nur Elismelia bt Nazri

Laporan Hari Sukan Tahunan di Maktab Rendah Sains Mara (MRSM) Balik Pulau 2020


Pada tanggal 2 hingga 4 Mac 2020 yang lalu, Maktab Rendah Sains Mara Balik Pulau telah mengada Hari Sukan Tahunan buat julang kali yang ke-30. Segala kelas akademik dibatalkan demi melangsungkan program tahunan ini. Para pelajar serta guru amat teruja apabila menjelangnya hari sukan tahunan. Warga MRSM Balik Pulau bekerjasama dalam menjayakan program ini. Cuaca yang agak panas tidak menjadi penghalang bagi para pelajar untuk menyumbang mata pada rumah sukan masing-masing demi meraih gelaran juara. Tujuan hari suka tahunan diadakan adalah untuk melatih para pelajar serta guru dalam berkomunikasi dan bertoleransi sesama ahli pasukan agar suasana yang harmoni dapat dijalinkan antara warga MRSM Balik Pulau. Selain itu, hari sukan tahunan ini juga dapat meningkatkan semangat sukan dalam kalangan pelajar agar menanamkan hasrat untuk mengharumkan nama negara dalam bidang sukan.
Sebelum hari sukan yang dinanti-nantikan berlangsung, para guru dan pelajar sibuk menyiapkan persiapan seperti menghias khemah, membuat latihan larian, dan membuat latihan untuk pembarisan. Suasananya agak riuh rendah kerana masing-masing amat teruja untuk menyambut program yang gilang-gemilang itu. Terdapat pelbagai acara yang bakal dipertandingkan semasa program berlangsung. Acara padang seperti rejam lembing, lempar cakera, lompat jauh serta lontar peluru akan diadakan semasa acara lari dijalankan. Hal ini dapat mempercepatkan tentatif program . Selain itu, aktiviti sukantara juga akan dijayakan bagi semua pelajar. Hal ini dapat menyumbang mata kepada rumah sukan masing-masing. Mata yang paling banyak terkumpul akan dinobatkan sebagai juara tahunan. Oleh sebab demikian, para pelajar bersemangat untuk membuat yang terbaik untuk rumah sukan masing-masing bagi merebut gelaran juara pada tahun 2020. Para guru juga tidak kurang semangatnya, mereka tidak lepas daripada memberikan sokongan yang padu kepada para atlet serta ahli rumah sukan yang lain. Hal ini dapat meningkatkan semangat para pelajar untuk terus berjuang demi rumah sukan masing-masing.
Hari yang dinanti-nantikan menjelang tiba. Hari sukan tahunan bermula pada tanggal 2 Mac 2020. Pada hari yang pertama ini, semestinya murid-murid berasa amat teruja. Tambahan pula, pihak pengurusan telah membenarkan peniaga-peniaga luar masuk untuk menjual makanan kepada para pelajar. Pada pukul 8 pagi, exco sukan iaitu Muhamad Syafiq bin Tumali memberikan sedikit penerangan tentatif program pada hari yang pertama. Para pelajar diminta untuk bergerak ke tempat yang telah ditetapkan mengikut rumah sukan masing-masing. Acara sukantara dijalankan bagi memberi peluang untuk setiap ahli rumah sukan menyumbang mata kepada rumah masing-masing. Hal ini dapat membuka peluang kepada ahli yang tidak mewakili rumah sukan dalam apa – apa acara semasa hari sukan tahunan ini berlangsung. Guru-guru penasihat tidak lekang lidah memberikan sokongan sehabis padu untuk para pelajar dalam menyumbang pada kepada rumah sukan masing-masing. Hal ini dapat menyemarakkan lagi suasana hari sukan tahunan yang diadakan.
Tibalah hari yang kedua program ini berlangsung. Pada hari ini, acara – acara lari dan acara – acara padang seperti rejam lembing, lempar cakera, lontar peluru dan lompat jauh akan dipertandingkan oleh atlet rumah sukan masing-masing. Acara pagi dimulakan dengan jeritan wisel tanda acara sudah berlangsung. Suasana agak bingit dengan suara-suara jeritan membakar semangat kepada para atlet. Para atlet bersungguh-sungguh berjuang hingga ke garisan penamat demi mengumpul mata serta pingat kepada rumah sukan. Manakala, acara rejam lembing diadakan semasa acara larian dijalankan. Acara lontar peluru dan lompat jauh diadakan secara tertutup. Hanya atlet dan guru penasihat sahaja dibenarkan berada di tempat pertandingan. Suasana hari kedua lebih meriah daripada hari pertama kerana pada hari ini, berlangsunglah acara-acar yang sangat memerlukan sorakan yang gemuruh kepada para atlet. Ada juga atlet yang tercedera, pitam mahupun kekejangan. Hal ini amat dibimbangkan pihak atasan tetapi semangat para pelajar memadamkan perasaan pihak atasan untuk membatalkan program ini. Setelah habis semua acara pada hari ini, para pelajar dibenarkan untuk meneruskan persiapan khemah dan maskot untuk hari penutupan hari sukan tahunan pada esok hari.

Akhirnya , hari pengakhiran bagi sukan tahunan ini tiba . Para murid dan guru diminta berkumpul di tengah padang bagi bersama-sama menyanyikan lagu Negaraku dan lagu Negeri Pulau Pinang . Ketua murid juga diminta untuk mebimbing bacaan doa. Selepas itu, Pengetua MRSM Balik Pulau diminta untuk memberikan kata-kata aluan seterusnya disambung oleh YDP Muafakat MRSM Balik Pulau untuk acara perasmian hari sukan tahunan sesi 2020. Seterusnya, acara pada pagi ini diteruskan dengan persembahan pembarisan oleh setiap rumah sukan. Acara dijalankan dengan meriah dimana lagu-lagu semangat dimainkan semasa pembarisan berlangsung. Persembahan setiap rumah sukan amat menarik minat para guru serta pelajar yang tidak menyertai pembarisan. Acara lari dimulakan apabila wisel pengadil ditiupkan. Suasana menjadi gemuruh apabila para pelajar menjerit sakan kepada para kontijen rumah sukan masing-masing . Hari sukan tahunan diakhiri dengan memberian hadiah kepada para atlet yang memenangi acara yang telah dipertandingkan. Majlis ditutup dengan nyanyian lagu rasmi MARA dan MRSM.
Kesimpulannya, semangat kesukanan haruslah diterapkan di dalam setiap individu terutamanya para pelajar. Hal ini dapat membantu sukan negara terus berkembang dengan lebih maju. Selain itu, sukan negara juga tidak akan pupus dek teknologi yang kian canggih. Seterusnya, sikap bekerjasama dan toleransi amat penting bagi semua aspek sukan terutamanya dalam acara berpasukan. Akhir sekali, sikap saling memberi semangat kepada rakan-rakan tidak boleh dilupakan kerana sikap ini akan meningkatkan semangat juang para atlet. Semoga bidang sukan tidak akan pupus dan akan terus berkembang dengan lebih maju agar negara kita dapat dipertandingkan di persada dunia.

Disediakan oleh,                       29 MAC 2020
NUR ELISMELIA BT NAZRI
(EDITOR MAJALAH E-SUKAN)

Comments

Popular posts from this blog

Alisya Sofea binti Mohd Tahir

Nur Aleeya Nabiela binti Nordin

Aida Syafiqah binti Abu Khari