Muhammad Hanif Danial bin Jasime
LAPORAN AKTIVITI SEPANJANG HARI SUKAN DI MRSM BALIK PULAU
Pada 2 Mac 2020 hingga 4 Mac 2020 yang lalu, Persatuan Biro Sukan MRSM Balik Pulau telah mengadakan hari sukan. Hari sukan yang diadakan bersempena minggu aktiviti maktab tersebut telah memeriahkan lagi suasana di Minggu Aktiviti. Tujuan utama hari sukan ini diadakan adalah untuk mengajar para pelajar tentang betapa pentingnya kokurikulum dalam kehidupan. Bukan itu sahaja, hari sukan juga dapat mencungkil bakat para pelajar dalam bidang sukan sekali gus melahirkan pelajar yang bukan sahaja cemerlang dalam bidang akademik malahan juga dalam bidang kokurikulum.
Seminggu sebelum hari sukan bermula, kesemua ahli rumah sukan telahpun membuat persediaan sehabis baik bagi menjayakan hari sukan yang akan datang. Persediaan kostum pakaian dan sebagainya amat kreatif. Walaupun mengalami cabaran semasa membuat persediaan, kesemua ahli rumah sukan cuba sedaya upaya membuat persediaan yang terbaik dalam menghias khemah mahupun perbarisan. Para atlet yang mewakili rumah sukan dalam acara sukantara dan sebagainya memulakan latihan dengan bersungguh-sungguh setiap masa disertai peluh yang menyelubungi tubuh menunjukkan semangat kesukanan.
Pada pagi yang hening, jarum jam menunjukkan pukul 7:45 pagi. Hari sukan dimulakan dengan aktiviti senaman sebagai pemanas badan sebelum memulakan aktiviti-aktiviti sukan yang lain. Seketika itu, semua ahli rumah sukan sibuk menghias khemah masing-masing antaranya rumah sukan Kejora yang hangat bergelar juara setiap tahun diikuti juga dengan rumah sukan Belantara yang sentiasa menunjukkan prestasi yang baik setiap tahun. Bukan itu sahaja, rumah sukan lain seperti Purnama,Samudera dan Suria juga turut bersemangat.
Beberapa acara seperti kawad perbarisan rumah sukan telah dijalankan dengan lancar pada pagi tersebut. Setiap rumah sukan menonjolkan kreativiti masing-masing lalu membuatkan semangat kesukanan dalam diri para pelajar mula berkobar. Setelah itu, acara olahraga bagi kategori lelaki dan perempuan bermula. Para atlet yang mewakili rumah sukan menunjukkan tahap ketangkasan yang tinggi dalam acara 100 meter, 200 meter mahupun 400 meter. Mereka berjuang demi meraih kejuaraan walaupun mereka tahu bahawa akan ada individu yang menang dan kalah tetapi hal tersebut telah menjadi kebiasaan dalam adat pertandingan.
Keesokan harinya pada 3 Mac 2020, aktiviti sukan diteruskan dengan acara balapan dan beberapa acara sukantara bagi mengumpul markah setiap rumah sukan. Para atlet bersungguh-sungguh melaksanakan acara yang dipertandingkan. Prasarana yang lengkap melahirkan suasana yang meriah dengan kelengkapan makanan dan minuman yang disediakan. Hari tersebut ditamatkan sekali lagi dengan penuh semangat kesukanan dalam diri para pelajar.
Setibanya 4 Mac 2020, maka hari sukan tiba di penghujung. Aktiviti sukan yang tidak sempat dihabiskan pada hari sebelumnya disambung lagi. Jarum jam menunjukkan pukul 12:05 tengah hari lalu bermulalah majlis penutupan hari sukan. Kesemua ahli rumah sukan berdebar-debar menunggu keputusan rumah sukan. Sorakan yang amat kuat dilaungkan apabila juara sekali lagi jatuh kepada rumah sukan Kejora. Diikuti pula dengan naib juara iaitu rumah sukan Belantara. Di tempat ketiga iaitu Purnama, di tempat keempat iaitu Samudera dan yang terakhir Suria.
Akhir sekali, majlis penutupan hari sukan tersebut tamat dengan penuh kepuasan kerana kesemua rumah sukan telah menjayakan hari sukan tersebut dengan sebaiknya. Walaupun ada yang meraih kemenangan dan menanggung kekalahan di hari sukan tersebut, perkara tersebut tidak langsung menjejaskan persahabatan diantara ahli rumah sukan. Izharnya, hari sukan ini dapat mengeratkan lagi ukhwah antara satu sama lain.
Laporan disediakan oleh, 16 MAC 2020
Muhammad Hanif Danial
( MUHAMMAD HANIF DANIAL BIN JASIME )
Pelajar,
Kelas 3 Mawardi,
Maktab Rendah Sains MARA Balik Pulau
pastikan penggunaan perkataan di tempat yang sesuai. tahniah kerana berjaya menyiapkan tugasan.
ReplyDeleteTajuk Laporan : Ditulis dengan huruf besar pada setiap awal kata dan digaris atau ditulis dengan huruf besar semuanya. Tajuk hendaklah ditulis ditengah-tengah. Boleh ditulis dalam dua baris jika tajuk terlalu panjang.
ReplyDelete