Muhammad Amir Aiman bin Darasani

Laporan Hari Sukan Maktab Rendah Sains Mara Balik Pulau




 Pada minggu aktiviti semester satu yang lalu, Maktab Rendah Sains Mara Balik Pulau telah mengadakan Hari Sukan. Acara yang diadakan pada hari Isnin hingga Rabu, 2 hingga 4 Mac 2020 disertai oleh semua pelajar Maktab Rendah Sains Mara Balik Pulau dan semua guru penasihat.
 Sukan terdiri daripada aktiviti fizikal yang dilakukan untuk pelbagai tujuan untuk pertandingan, keseronokan, pembangunan, kemahiran, kecemerlangan, dan sebagainya. Perbezaan tujuan inilah yang membezakan sifat sesuatu sukan itu.
 Pada 2 Mac pada pukul 8:00 pagi, kesemua pelajar beratur mengikut rumah masing-masing untuk menjalankan aktiviti sukan tara. Kesemua peserta mengambil bahagian dalam semua acara untuk menyumbang mata untuk rumah sukan masing-masing.
  Pada 3 Mac, perlawanan antara rumah sukan peringkat akhir dalam acara 100m, 200m, 4x400m, 4x100m, 1500m, lompat jauh, rejam lembing, lontar peluru dan lempar cakera telah bermula. Suasana hari tersebut begitu gemilang, riuh-rendah dan meriah dengan tepukan dan sorakan para penonton. Majlis diserikan dengan upacara penyampaian hadiah.
 Pada 4 Mac, acara dimulakan dengan perbarisan dari setiap rumah sukan dan pertandingan menghias khemah rumah sukan masing-masing. Acara diteruskan bagi acara yang belum selesai pada 3 Mac. Setelah semua acara selesai, pengerusi majlis mengumumkan keputusan temasya sukan pada hari tersebut. Johan keseluruhan bagi acara sukan tahunan sekolah jatuh kepada rumah Kejora (Ungu) dan akhir sekali rumah Suria (Kuning).
Dilaporkan Oleh,            14 Mac 2020

 (MUHAMMAD AMIR AIMAN BIN DARASANI)
Setiausaha Sukan
Maktab Rendah Sains Mara Balik Pulau

Comments

Popular posts from this blog

Alisya Sofea binti Mohd Tahir

Nur Aleeya Nabiela binti Nordin

Aida Syafiqah binti Abu Khari