Madihah Nur Sabrina bt Mohd Sabere

Laporan Hari Sukan di MRSM Balik Pulau




Pada tarikh 2 hingga 4 Mac 2020, Maktab Rendah Sains MARA telah mengadakan Hari Sukan. Acara yang diadakan pada hari tersebut disertai oleh semua pelajar dan semua guru penasihat. Sukan bertujuan untuk pertandingan, keseronokan, pembangunan, kemahiran, kecemerlangan dan sebagainya. Hal ini demikian kerana semua pelajar yang mengambil bahagian akan bersungguh-sungguh untuk bertanding dalam setiap bahagian yang diambil.
Pada hari Isnin, acara sukan tara diadakan bagi menyumbang markah tambahan rumah sukan masing-masing. Sukan tara terdiri daripada tiga acara iaitu acara larian 100 meter, lompat jauh dan lontar peluru. Selepas pelajar diberitahu acara rumah sukan masing-masing bertempat dimana, mereka terus bersurai ke tempat masing-masing. Pelajar diingatkan untuk memberi kerjasama agar acara dapat dilaksanakan dengan lancar. Setelah tamat acara sukan tara pelajar kembali ke khemah masing-masing untuk sambung menghias bagi pertandingan hias khemah. Tema utama rumah sukan pada tahun ini ialah flora dan fauna.
Pada keesokkan hari, acara yang diadakan adalah acara larian 100 meter, 200 meter, 4x400 meter dan 800 meter serta 1500 meter. Selain itu, acara lompat jauh, lempar cakera, lontar peluru dan rejam lembing juga diadakan. Suasana hari tersebut begitu riuh-rendah dan meriah dengan tepukan serta sorakan para pelajar dan guru penasihat. Selepas itu, semua pelajar kembali ke khemah untuk mengemaskini hiasan.
Pada hari terakhir pula, Hari Kejohanan Balapan dan Padang dimulakan pada jam lapan tiga puluh minit pagi. Hari Sukan dimulakan dengan persembahan perbarisan dari setiap rumah sukan yang terdiri daripada rumah Suria, Belantara, Samudera, Purnama and Kejora. Setiap rumah sukan mempersembahkan perakan masing-masing dengan penuh kreatif. Mereka berarak mengelilingi padang dan berkumpul dia tengah padang untuk menantikan perakan yang seterusnya. Hari Sukan dimulakan dengan pembacaan ikrar oleh penolong ketua sukan. Pembaca ikrar diiringi oleh setiap ketua rumah sukan. Setelah pembacaan ikrar selesai, pengacara majlis menjemput Yang Dipertuan Pengerusi PIBG untuk memberi ucapan dan kemudian merasmikan Hari Sukan tersebut. Seterusnya Tuan Pengetua dijemput untuk memberi ucapan.
        Tepat pukul dua belas setengah, para pelajar dikehendaki untuk berkumpul di khemah rumah sukan masing-masing bagi menyaksi acara yang dinanti-nantikan iaitu acara balapan dan padang. Kemeriahan sorakan para pelajar dapat dilihat apabila mereka menyorak bersungguh-sungguh kepada rakan-rakan yang mengambil bahagian dengan penuh harapan. Setelah selesai acara, para pelajar dikehendaki untuk berkumpul semula di tengah padang bagi melancarkan majlis penyampaian hadiah. Olahragawan pada tahun ini dimenangi oleh Muhammad Hakimi bin Zukiman manakala Olahragawati pada tahun ini dimenangi oleh Nur Wirdani binti Abdul Nasir. Penyampaian hadiah yang terakhir merupakan penentuan markah antara rumah sukan dan juara untuk tahun 2020 dimenangi oleh rumah sukan Kejora, Semua rumah sukan memberi tepukan gemuruh kepada rumah tersebut. Usaha mereka membuahkan hasil yang cukup bermakna.
Akhir sekali, saya mengharap semua pelajar akan lebih bersemangat untuk Hari Sukan yang akan datang.
Laporan disediakan oleh,                                                                                       15 Mac 2020

(MADIHAH NUR SABRINA BT MOHD SABERE)
Editor majalah E-sukan
Maktab Rendah Sains MARA Balik Pulau

Comments

Popular posts from this blog

Alisya Sofea binti Mohd Tahir

Nur Aleeya Nabiela binti Nordin

Aida Syafiqah binti Abu Khari