Nur Aleeya Nabiela binti Nordin
LAPORAN KEJOHANAN SUKAN TAHUNAN MRSM BALIK PULAU
Pada 3 hingga 4 Mac 2020 yang lalu, Maktab Rendah Sains MARA Balik Pulau telah mengadakan Kejohanan Sukan. Acara yang diadakan sepanjang dua hari tersebut disertai oleh semua pelajar MRSM Balik Pulau dan semua guru penasihat.
Sukan terdiri daripada aktiviti fizikal yang dilakukan untuk pelbagai tujuan. Contohnya seperti pertandingan, keseronokan, perbandingan, kemahiran, kecemerlangan dan sebagainya. Para pelajar gigih bertanding secara sihat untuk memperoleh kemenangan bagi diri masing-masing dan paling utama, bagi rumah sukan masing-masing. Mereka juga tidak berhenti memberikan semangat kepada ahli rumah sukan masing-masing tanpa mengira acara apa yang sedang ditandingkan dan juga perbezaan umur. Para guru juga turun padang dan tidak melepaskan peluang untuk menyokong para pelajar yang sedang bertanding walaupun hakikatnya cuaca amatlah panas ketika itu. Beberapa orang guru yang juga merupakan ahli rumah sukan pihak guru yang bertuas sedang sibuk menyediakan persiapan terakhir rumah sukan masing-masing bagi memenangi pertandingan untuk kategori khemah rumah sukan.
Acara bermula pada pukul 8:00 pagi bertempat di padang MRSM Balik Pulau. Setiap acara dikhaskan bahagian padang yang tertentu bagi mengelakkan berlakunya kekeliruan. Pada pagi itu, kesemua peserta yang terlibat beratur mengikut rumah sukan masing-masing di khemah persediaan peserta sebelum bergerak ke tempat pertandingan acara masing-masing. Para guru yang bertugas sebagai penjaga masa dan juga pencatat keputusan sudah bersedia untuk menjalankan amanah yang diberikan kepada mereka semasa Kejohanan Sukan peringkat maktab ini dijalankan. Acara-acara yang dijalankan pada hari pertama Kejohanan Sukan ini adalah termasuk lontar peluru, lempar cakera, 100 meter, 800 meter, rejam lembing, 200 meter dan juga 4(400 meter). Kesemua acara berjalan dengan lancar dan adil. Suasana di padang amatlah riuh dan bising dengan sorakan serta sokongan kelima-lima rumah sukan kepada atlet-atlet mereka yang bertanding ‘kalah mati’ bagi memperoleh kemenangan dan menyumbang mata kepada rumah sukan masing-masing. Cuaca semasa yang panas dan terik yang juga akan menyebabkan baju yang dipakai dibasahi peluh tetap takkan mematahkan semangat para pelajar untuk bertanding dan menyokong para atlet. Sesi penyampaian hadiah bagi acara yang sudah dijalankan pada awal pagi sebentar tadi diadakan secara kecil-kecilan dan hanya melibatkan para atlet yang menang sahaja. Hal ini adalah bagi memudahkan acara penyampaian hadiah terakhir yang akan dijalankan pada hari kedua dan juga tidak mengambil masa yang terlalu banyak.
Pada hari kedua pula, pihak maktab membuat keputusan untuk menjalankan acara 1500 meter, 400 meter dan juga 4(100) meter. Hari kedua dimulakan dengan perbarisan rumah sukan dan majlis perasmian. Tetamu istimewa yang dijemput iaitu tuan pengetua, Tuan Haji Mohd Khairul Anuar bin Dato’ Shafie untuk merasmikan Kejohanan Sukan pada tahun ini. Beliau memberikan ucapan sebagai kata pembuka sambil mengucapkan tahniah kepada para pelajar dan juga para guru kerana bersemangat dan berjaya menjayakan acara ini seperti yang dirancang. Setelah selesai majlis perasmian, semua pelajar kembali ke khemah rumah sukan masing-masing. Para atlet membuat persiapan terakhir seperti meregangkan badan, mengurut anggota badan tertentu dan bersiap sedia dengan ahli kumpulan sebelum bergerak ke khemah persediaan peserta bersama-sama seperti hari pertama. Unit Badan Wakil Pelajar (BWP) maktab juga turut menyediakan perkhidmatan trak makanan sepanjang Kejohanan Sukan berlangsung. Para pelajar terutamanya golongan yang langsung tidak terlibat dengan acara padang mahupun balapan membelanjakan duit yang diberi oleh ibu bapa mereka dengan membeli makanan dan minuman yang dijual oleh peniaga trak makanan yang datang pada hari itu. Para guru yang gigih menjadi penyokong anak-anak murid mereka turut tidak melepaskan peluang membeli makanan dan minuman yang dijual. Segala jenis makanan dan minuman yang dijual dengan harga yang berpatutan mengikut saiz dan kuantiti hidangan merupakan penyebab utama barisan menunggu di hadapan trak sangatlah panjang dan tidak pernah kosong.
Setelah selesai persiapan untuk majlis penutup, para pelajar diarahkan untuk berkumpul dan beratur mengikut rumah sukan masing-masing di hadapan para guru dan tetamu iaitu di hadapan astaka bagi menjayakan perkara terakhir bagi Kejohanan Sukan ini iaitu majlis penutup. Setelah semua berkumpul, pengacara majlis yang bertugas iaitu Ustaz Wan Ahmad Nizam memulakan majlis ini dengan meminta Presiden Badan Dakwah dan Rohani (BADAR), Muhammad Zaim bin Humam untuk melafazkan doa. Selepas itu, pengacara majlis meneruskan majlis dengan menjemput pengetua untuk memberikan ucapan pembuka serta merasmikan majlis penutup. Majlis diteruskan dengan penyampaian hadiah bagi acara yang telah dijalankan pada hari ini iaitu 1500 meter, 400 meter dan juga 4(100) meter. Para pemenang memperoleh pingat mengikut kategori iaitu emas bagi johan, perak bagi naib johan dan juga gangsa bagi tempat ketiga. Tuan pengetua juga menyampaikan pingat kepada para pemenang acara padang seperti lontar peluru, lempar cakera dan lompat jauh. Para pemenang kelihatan sangat gembira dan berpuas hati walaupun majoriti daripada mereka mengalami kecederaan yang agak teruk di bahagian kaki, pinggang dan juga bahagian badan yang lain akibat acara yang diikuti. Setelah selesai ucapan pengetua, pengacara majlis berseida untuk mengumumkan keputusan keseluruhan. Para pelajar yang sedang kepanasan sudah tidak sabar dan sesetengah daripada mereka bertindak untuk menghiraukan sahaja kerana sudah terlalu panas. Akhirnya, keputusan diumumkan. Rumah sukan Kejora mendapat gelaran johan dua kali berturut-turut sejak 2019, diikuti oleh rumah sukan Belantara yang mendapat gelaran naib johan setelah bangkit daripada kekalahan tahun lepas. Rumah sukan Purnama mendapat tempat ketiga, diikuti oleh rumah sukan Samudera dan akhirnya rumah sukan Suria.
Para pelajar kelihatan sangat gembira. Mereka diarahkan untuk mengutip sampah dan menguruskan khemah rumah sukan masing-masing. Setiap rumah menyambut kemenangan masing-masing. Para guru juga kelihatan sangat gembira dan bangga dengan anak-anak murid mereka. Pihak Persatuan Bulan Sabit Merah (PBSM) iaitu badan organisasi yang diamanahkan untuk menguruskan para atlet ataupun pelajar yang cedera, pengsan ataupun sakit sepanjang Kejohanan Sukan berlangsung melaporkan 60% daripada jumlah keseluruhan pelajar cedera, sesak nafas dan juga perlu diberikan bantuan kecemasan. Merka berpendapat bahawa punca-punca utama jumlah pelajar yang cedera pada tahun ini adalah lebih banyak daripada jumlah pelajar yang cedera pada tahun lepas adalah kerana keadaan rumput padang yang nipis dan cepat panas serta cuaca semasa yang sangatlah panas dan terik. Semuanya sudah berakhir dan para pelajar telah ke surau untuk menunaikan solat Zohor secar berjemaah. Harapan saya untuk Kejohanan Sukan akan datang adalah semoga semangat kesukanan para pelajar semakin tinggi dan bertanding secara adil dan sihat.
Disediakan oleh, 28 Mac 2020
Nabiela
__________
(NABIELA BINTI NORDIN)
Setiausaha,
Kelab Bahasa Melayu,
MRSM Balik Pulau, Pulau Pinang

baik dan perlu ditambahbaik lagi agar penulisan lebih kemas dan gramatis serta tersusun. tahniah anda berjaya menyiapkan tugasan ini.
ReplyDeleteTajuk Laporan : Ditulis dengan huruf besar pada setiap awal kata dan digaris atau ditulis dengan huruf besar semuanya. Tajuk hendaklah ditulis ditengah-tengah. Boleh ditulis dalam dua baris jika tajuk terlalu panjang.
ReplyDelete