Ayu Fatihah Yew bt Muhd Adam Yew
LAPORAN HARI SUKAN MAKTAB RENDAH SAINS MARA BALIK PULAU
Pada tanggal 17 Mac 2020 hingga 19 Mac 2020 yang lalu, Maktab Rendah Sains MARA Balik Pulau telah mengadakan Hari Sukan. yang melibatkan semua pelajar dan guru. Hari Sukan ini juga turut disertai oleh Timbalan-timbalan pengetua MRSM Balik Pulau dan Yang Di-Pertuan Muafakat. Sebelum Hari Sukan ini tiba, setiap rumah sukan melakukan persiapan masing-masing. Guru penasihat rumah sukan masing-masing membuat perjumpaan dengan ahli-ahli rumah sukan bagi membincangkan beberapa perancangan seperti pemilihan jawantankuasa rumah sukan, kutipan duit, tema dan maskot rumah sukan, perhiasan untuk khemah rumah sukan dan lain-lain lagi.
Seterusnya, ahli-ahli rumah sukan yang terdiri daripada beberapa orang pelajar Tingkatan 1 hingga Tingakatan 5 pula, mengadakan perjumpaan bagi mengagihkan tugasan untuk menyiapkan perhiasan khemah dan kostum untuk maskot dan ahli perbarisan kawad kaki. Beberapa orang pelajar Tingakatan 5 mengambil peluang masa itu kira-kira pada pukul 9 malam untuk melatih ahli perbarisan berkawad kaki. Dalam tempoh tiga minggu sebelum Hari Sukan, guru penasihat rumah sukan masing-masing akan mebuat penilaian kepada ahli rumah sukan bagi memilih pelajar yang berpotensi menyumbangkan mata yang paling tinggi dalam acara yang akan disertai. Setiap pelajar juga diberi peluang untuk berlatih dan meregangkan otot pada setiap kali waktu riadah iaitu kira-kira pukul 5.30 petang hingga 6.30 petang dua minggu sebelum Hari Sukan setelah masing-masing mengetahui acara yang akan mereka sertai.
Hari pertama Hari Sukan, iaitu 17 Mac 2020, pada pukul 7.30 pagi, Badan Wakil Pelajar (BWP) MRSM Balik Pulau mengadakan sesi taklimat kepada semua pelajar MRSM Balik Pulau untuk menerangkan tentang perjalanan aktiviti yang berlangsung pada hari itu. Pada pukul 8 pagi, MRSM Balik Pulau mengadakan aktiviti sukan tara iaitu sebuah acara untuk mengumpul mata sebanyak yang mungkin. Setiap ahli rumah sukan yang berjaya melepasi garisan tertentu akan menyumbang beberapa mata kepada rumah sukannya. Aktiviti sukan tara ini tamat kira-kira pada pukul 10 pagi. Pelajar-pelajar mula menghias khemah rumah sukan masing-masing selepas selesai berehat selama 30 minit. Pagi itu, suasana diceriakan lagi dengan kehadiran beberapa buah trak makanan.
Pada pagi keesokan harinya, kira-kira pukul 8 pagi, semua pelajar dan guru-guru mula bergerak ke rumah sukan masing-masing untuk menyiapkan diri bagi yang akan menyertai acara yang akan berlangsung pagi itu. Pelajar yang tidak menyertai acara pagi itu, pula bekejasama menyiapkan perhiasan khemah, mengemas khemah, menyediakan air dan makanan ringan dan hal lain yang perlu diselesaikan. Antara acara yang berlangsung pada hari itu, adalah acara larian 100 meter,200 meter, 800 meter, 1,500 meter, 4×400 meter, merejam lembing, melontar peluru, melempar cakera dan lompat jauh. Kira-kira jam 10 pagi, kelihatan 3 buah trak makanan datang. Ramai pelajar dan guru menikmati menu yang dibeli sambil melayan acara yang berlangsung bersama rakan-rakan masing-masing. Para guru dan pelajar turut bersorak kepada ahli rumah sukan masing-masing. Suasana di padang pagi itu bermula pada pukul 8 pagi semakin riang kerana ramai pelajar bergiat aktif melibatkan diri dalam apa jua aktiviti termasuklah membantu guru-guru. Sebaik sahaja solat Zohor dan makan tengah hari, majoriti pelajar dan guru seperti kekurangan tenaga untuk meneruskan acara dan aktiviti petang itu.
Pada pukul 7.50 pagi keesokan harinya, iaitu hari terakhir Hari Sukan MRSM Balik Pulau, para pelajar mula bergerak ke khemah dan kelihatan guru-guru MRSM Balik Pulau mula bergerak ke pejabat dari tempat penginapan mereka untuk menanda kehadiran. Kemudian, Hari Sukan MRSM Balik Pulau yang terakhir diteruskan lagi dengan acara larian 4×100 meter dan 400 meter sebelum bermula acara untuk para guru. Para guru telah mengadakan acara larian yang ringkas seperti acara 2×50 meter, 4×100 meter dan lain-lain lagi. Tanpa melengahkan masa lagi, para pelajar mula bergerak ke tengah padang dan di hadapan astaka manakala, guru-guru, timbalan-timbalan pengetua MRSM Balik Pulau dan Yang di-Pertuan Muafakat menghadirkan diri ke astaka. Pengacara majlis kemudian menjemput timbalan-timbalan pengetua untuk memberi ucapan ringkas. Yang di-Pertuan Muafakat pula dijemput menyampaikan ucapan dan merasmikan Hari Sukan MRSM Balik Pulau.
Sepanjang tempoh itu, beberapa orang guru sedang menilai kreativiti dan kekemasan khemah setiap rumah sukan dan maskot dan perbarisan. Ahli-ahli perbarisan setiap rumah sukan pula mula berarak ke hadapan astaka. Kemudian, bermulanya acara penyampaian pingat kepada setiap pemenang acara yang memenangi tempat pertama, kedua dan ketiga. Akhir sekali, pengacara majlis mengumumkan pemenang rumah sukan mengikut jumlah mata yang dikumpul. Para guru dan pelajar mengucapkan tahniah kepada rakan-rakan masing-masing. Sebelum semua pelajar dapat menghelakan nafas lega dan merehatkan diri di asrama, mereka membantu guru penasihat rumah sukan masing-masing memngemas dan membersihkan khemah dan mengutip sampah yang kelihatan di padang.
Disediakan oleh, 18 Mac 2020
________________________
(AYU FATIHAH YEW)
Pelajar 3 Mawardi
MRSM Balik Pulau

Comments
Post a Comment